Kertas ini bertujuan melaporkan hasil lawatan yang diketuai oleh, Ketua Pusat MiNT-SRC ke University of Western Sydney, Australia. Lawatan telah diadakan pada 30 Mei 2013 hingga 1 Jun 2013, dan diikuti dengan lawatan ke Central Lab di University of New South Wales iaitu Mark Wainwright Analytical Centre pada 3 Jun 2013. Kertas kerja ini memberi fokus berkenaan hasil perbincangan bersama pihak berkenaan di Australia. Y. Bhg. Dato Naib Canselor telah meluluskan cadangan mengadakan lawatan kerja bagi tujuan kerjasama dalam penyelidikan tenaga solar di UTHM. Sepanjang 3 hari lawatan ini, delegasi lawatan telah melawat 2 tempat di sekitar Sydney, Australia.