Seramai 7 orang staf MiNT-SRC dan 23 orang pelajar Master dan Phd terlibat dalam menjayakan program seminar perkongsian ilmu ini. Ketua Pusat MiNT-SRC iaitu PM. Dr. Nafarizal Nayan telah memperkenalkan MiNT-SRC kepada Prof. Dr. Oliver Ileperuma serta menerangkan serba sedikit berkaitan aktiviti penyelidikan yang dijalankan di sini. Setelah PM. Dr. Nafarizal Nayan selesai memberi penerangan, majlis telah diserahkan kepada Dr. Mohd Khairul Ahmad dengan membacakan serba sedikit tentang biodata Prof. Dr. Oliver Ileperuma. Dalam majlis perkongsian ilmu ini, terdapat sesi soal jawab antara pensyarah, pelajar Master dan Phd bersama Prof. Dr. Oliver Ileperuma berkaitan teknologi sel solar iaitu "Dye-Sensitized Solar Cell".
" We may encounter many defeats but we must not be defeated. "
-Maya Angelou-